Sunday, April 15, 2012

Pemula Kata

Cita-citaku tinggi melangit, namun tidak sesampai pengorbanan Saad Abi Waqas, tidak sejauh Ibnu Batutta tetapi hanya sekadar kemampuan dan keizinan-Nya menjelajah di muka bumi ini. Bukan sekadar untuk bergembira tetapi menghayati keindahan ciptaan-Nya sebagai ibadah mulia yang ganjarannya tidak disedari. Bermulanya di tapak bumi bertuah "Serambi Mekah" ini, bersyukur tidak terkira ke hadrat-Nya kerana dilahirkan di sini sekali gus berpegang dengan aqidah-Nya.